Biografi Francesco dari Assisi

Awal hayat

Beliau lahir di Assisi pada akhir 1181 atau awal 1182 dengan nama Giovanni di Pietro kepada Bernardone dei Moriconi, seorang saudagar sutera Itali yang berjaya, dan Pica de Bourlemont, seorang bangsawati berasal dari Provence, Perancis.[6] "Giovanni" merupakan nama asalnya semasa dibaptiskan oleh ayahnya,[7] namun beliau dinamakan semula dengan nama "Francesco" ("orang Perancis") sebagai meraikan kejayaan ayahnya berdagang di negeri itu.[8]

Gaya hidup ibu bapanya membawa Francesco menjalani kehidupan yang serba mewah[9] di mana beliau sering berhibur denganlipur lara, mengumpul banyak barangan mewah dari rantau Transalpnya.[8] Namun, pertembungan beliau dengan seorang pengemis mula memutik rasa kesangsian terhadap kekayaan yang dinikmatinya.

Pada 1202, beliau menyertai suatu ekpedisi tentera dalam peperangan melawan Perugia. Walau bagaimanapun, beliau dikepung dan ditahan selama setahun di Collestrada,[10] beliau turut menghidap penyakit yang menyebabkannya muhasabah keadaannya lalu segera kembali ke Assisi. Pada 1205, beliau ke Apulia berkhidmat untuk tentera pembesar Gautier III de Brienne, namun suatu firasat mendorongnya tidak sahaja kembali ke kampung halamannya malah mula membuang minat terhadap kemewahan dan kekayaan harta.[9]

Menjadi rahib

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (April 2021)

Pendalaman agama

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (April 2021)

Kematian

Beliau diceritakan mengalami kejadian mendapat luka tangan luar biasa di mana semasa bersembahyang di gunung Verna. Hal ini duburukkan dengan suatu penyakit trakoma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di seberapa kota; dia akhirnya menumpang rehat di sebuah pondok di Porziuncola.

Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan beribadat di pondok tersebut pada malam Sabtu, 3 Oktober 1226,

Rujukan

WikiPedia: Francesco dari Assisi http://books.google.com/books?id=2dkE_zPJLl0C&pg=P... http://books.google.com/books?id=MOy3BQAAQBAJ&pg=P... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Assisi... http://www.catholic.org/saints/saint.php?saint_id=... http://franciscan-archive.org/ http://librivox.org/author/9777 https://alumni.duke.edu/magazine/articles/blessing... https://digilander.libero.it/raxdi/inglese/index6.... https://digilander.libero.it/raxdi/inglese/induf.h... https://archive.org/details/livesofsaintshis00omer...